Kamis, 06 Juli 2023

Mahathir Mohamad Khawatir Melayu Bakal Hilang Kuasa dan Segalanya di Malaysia

Usia Tun Mahathir Mohamad sebentar lagi 98 tahun. Usia harapan hidup orang Indonesia masih di bawah 70 tahun. Artinya, Mahathir ini cukup tua. Dia pernah jadi perdana menteri tertua di Indonesia selepas koalisi Pakatan Harapan menang Pemilu 2018.

Kakek-kakek di atas 80 tahun biasanya rehat, ngemong cucu, nonton ketoprak, wayang kulit, angon manuk, senam taichi, dsb. Mahathir tidak begitu. Dia aktif terus. Saban hari Tun M bikin pernyataan atau gerakan politik.

Manuver terbarunya adalah Proklamasi Melayu. Mahathir mengingatkan orang Melayu di Malaysia untuk bersatu padu. Agar Melayu tidak hilang. Alasannya, pemerintahan PM Anwar Ibrahim saat ini bukan Kerajaan Melayu, melainkan dominan Tionghoa. Partai Aksi Demokrasi (DAP) memang punya kursi terbanyak dalam Unity Government yang dipimpin PM Anwar Ibrahim.

PM Anwar Ibrahim ketua Partai Keadilan Rakyat. Kursinya tidak sebanyak DAP. Karena itu, Mahathir menuduh DAP mendikte PM Anwar Ibrahim. Termasuk bakal menjadikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum. 

Tun Mahathir memang pakar dan praktisi politik paling berpengaruh di Malaysia. Selama 22 tahun ia jadi perdana menteri. Dia tahu betul kartu-kartu apa saja yang bisa dimainkan untuk menjatuhkan seorang PM Malaysia. Terakhir ia sukses menjatuhkan PM Najib Razak dengan isu korupsi 1MDB.

Kemarin, Mahathir bertemu Muhyiddin Yasin. Pimpinan koalisi Perikatan Nasional ini musuh besar PM Anwar Ibrahim. Muhyiddin ngebet banget jadi perdana menteri. Berbagai manuver dilakukan agar PM Anwar segera tumbang. Seru banget!

Saya aktif membaca tulisan-tulisan Dr Mahathir. Bahkan, dulu saya membeli buku karyanya berjudul Dilema Melayu yang diterbitkan PT Sinar Harapan, Jakarta. Isu-isu kaum Melayu, ketakutan dominasi Tionghoa, Islam sebagai agama persekutuan dsb dibahas panjang lebar. Isu-isu lama itu masih diulang Mahathir di era media sosial.

Tulisan-tulisan Dr Mahathir di laman media sosialnya selalu ringkas, padat, langsung ke sasaran. Tidak banyak basa-basi. Kita orang yang bukan Malaysia pun bisa mengikuti jalan pikirannya dengan mudah. Termasuk agenda di balik kata-katanya yang tersurat.


APA DIANYA MULTIRACIALISM, NEGARA BERBAGAI KAUM

Oleh Dr MAHATHIR BIN MOHAMAD

1. Tidak pernah terjadi pendatang asing atau keturunan mereka yang diberi suaka di sesuatu negara menuntut supaya negara yang memberi kerakyatan kepada mereka ditukar supaya dijadikan negara kaum pendatang, iaitu negara berbilang kaum.

2. Itulah maksud Malaysian Malaysia. Negara Melayu hendaklah ditukar menjadi negara berbilang kaum Malaysian Malaysia. Tanah Melayu dihapuskan dan diganti dengan negara berbilang kaum Malaysian Malaysia.

3. Percubaan ini diperkenal kali pertama oleh Malayan Union British. Ia ditolak. Tetapi parti PAP pimpinan Lee Kuan Yew mencadang Malaysian Malaysia juga dengan tujuan yang sama. Ia ditolak dalam PRU 1964.

4. Sekarang DAP dengan disokong oleh Parti Keadilan dan Amanah sekali lagi memperkenal matlamat yang sama iaitu Malaysia bukan negara yang asalnya tanah Melayu tetapi Malaysia adalah negara berbilang bangsa.

5. Dalam negara berbilang kaum tidak ada taraf yang berlainan antara orang Melayu sebagai indigenous (pemastautin asal) dengan pendatang asing dan keturunan mereka. Dengan ini semua kaum mempunyai taraf sama.

6. Sejak sebelum merdeka jentera pentadbiran, polis dan tentera dipimpin dan dipenuhi dengan orang Melayu.

7. Sebagai negara berbilang bangsa pentadbiran kerajaan, polis dan tentera tentulah dipimpin dan dipenuhi dengan berbagai kaum.

8. Di masa yang sama bidang ekonomi (perniagaan dan perusahaan) akan kekal sebagai bidang yang orang Melayu tidak mendapat tempat.

9. Terpulanglah kepada orang Melayu memikir samada keadaan dalam negara berbilang kaum ini menguntung orang Melayu atau tidak.

10. Pihak Proklamasi Orang Melayu bukanlah berhajat untuk rampas hak dan milik orang lain. Pihak Proklamasi hanya ingin mendapat keadilan – iaitu pengiktirafan Semenanjung ini sebagai Tanah Melayu, menerima pendatang dan keturunan mereka sebagai bangsa yang diserap seperti orang keturunan Arab, India, Pakistan, Indonesia dan lain-lain diserap menjadi bangsa Melayu. Menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

11. Bagi pendatang dan keturunan mereka yang ingin kekal identiti mereka dengan negara asal mereka, layanan terhadap mereka tentulah berbeza dengan layanan terhadap penduduk asal serta mereka yang menerima penuh bahasa dan budaya kebangsaan.

12. Perlembagaan Malaysia menyetujui bahawa agama rasmi Malaysia ialah agama Islam. Agama-agama lain boleh dianuti oleh pengikut agama asal mereka.

13. Tetapi desakan dibuat supaya Malaysia tidak lagi dikenali sebagai negara Islam. Malaysia hendaklah dijadikan negara sekular iaitu negara yang tidak ada agama rasmi iaitu tidak Islam.

14. Semua ini akan berlaku semasa tanah orang Melayu terjual kepada kaum lain. Rata-rata orang Melayu miskin. Mereka menjual tanah milik mereka kepada orang yang kaya yang hampir semua terdiri dari keturunan kaum pendatang.

15. Di masa yang sama semua estet besar milik penjajah sudah dibeli oleh orang yang kaya. Estet yang dimiliki oleh Kerajaan dari lain-lain tanah Kerajaan juga dijual kepada pihak yang kaya yang hampir kesemuanya bukan Melayu.    

16. Akhirnya pemerintah Malaysia juga tidak dapat dipengaruhi oleh orang Melayu. Kita sedang lihat di dalam wilayah yang sudah tidak lagi dikuasai oleh orang Melayu nasib orang Melayu amatlah buruk. Biasiswa untuk pelajaran tinggi hampir tidak ada bagi orang Melayu. Bahasa Melayu, walaupun diiktiraf sebagai bahasa rasmi tidak diguna sama sekali. Sebahagian anak Melayu pun tidak lagi faham Bahasa Melayu.

17. Ramai dari orang Melayu yang melihat negara berbilang kaum sebagai agihan sama rata antara semua kaum dalam bidang politik sahaja. Mereka tidak terfikir berkenaan perubahan-perubahan lain.

18. Rencana ini bukan bertujuan menakutkan orang Melayu terhadap desakan supaya Malaysia menjadi negara berbilang bangsa.

19. Kita sudah lihat dan boleh teliti apa yang sudah jadi kepada wilayah tanah Melayu yang sekarang dimiliki oleh bukan Melayu.

20. Lihat dan ambil iktibar.

21. Mereka yang tidak hendak lihat akan jadi mangsa yang sudah pupus.

22. Kata Hang Tuah Melayu tak akan hilang di dunia.

23. Tetapi Melayu sudah hilang banyak wilayah. Aliran sekarang menunjuk Melayu tidak akan kekal sebagai satu bangsa.

24. Melayu akan hilang negara mereka dan akan hilang di dunia.

2 komentar:

  1. Saya curiga, Tun Mahathir itu sudah dementia. Kemampuan kognitif sudah menurun. Dan dia disetir oleh orang lain yg mainkan sosmednya.

    BalasHapus
  2. Pernyataan2 Mahathir di media sosial sama persis dengan ucapannya di konferensi pers. Butir 1 dan 2 itu keras dan sangat tajam.
    Kelihatannya pesan2 Melayu First ini jadi wasiat Tun M untuk orang Melayu di Malaysia mengingat usianyabyang sudah dekat 100 tahun.

    BalasHapus